Wednesday 12 December 2018

Rujukan Belajar Bahasa Belanda

Silakan guna rujukan-rujukan berikut untuk mempelajari bahasa Belanda.
  • Asas Bahasa Belanda oleh Loecson (online)
  • Tatabahasa Bahasa Belanda (online)
  • Pelajaran Bahasa Belanda oleh Wikibooks (online)
  • Program Belajar Bahasa Belanda oleh Bart de Pau (online)
  • Belajar Bahasa Belanda oleh Talt Huis (online)
  • Belajar Bahasa Plattsdeutsche (online)
  • Bahasa Belanda untuk Anda (online)
Laman dibuka pada 13 Disember 2018.

Frasa Penting Bahasa Belanda

Biasanya benda-benda sebegini kita hafal sahaja. Tak perlu kita berfikir panjang-panjang.
Sila klik perkara-perkara di atas untuk mendapatkan maklumat berkenaan dengan frasa-frasa penting dalam bahasa Belanda.

Dikumpulkan pada 13 Disember 2018.

Thursday 12 October 2017

Perbendaharaan Kata Bahasa Belanda

Berikut dilampirkan perbendaharaan kata bahasa Belanda untuk digunakan dalam latihan dan percakapan seharian.

Tuesday 10 January 2017

Bahasa Belanda Asas

Nota ini sebenarnya dalam bahasa Inggeris namun aku mengambil inisiatif untuk menggunakan bahasa Melayu sebagai wahana bagi membuktikan bahawa belajar bahasa asing lain menggunakan bahasa orang sebenarnya membuang masa sahaja. 

Sila klik di pautan berikut untuk mengakses nota-nota yang telah disimpan. 

Bahagian Pertama

Kata Penunjuk - de, het dan een
Kata Ganti Diri
Kata Pemeri - het werkwoord zijn
Kata Adjektif Posesif
Kata Kerja Ada - hebben (tambahan dengan de vragende vorm)

Diharapkan nota-nota ini sedikit sebanyak membantu.

Terima kasih.

Muhammad Tan'im Tajuddin

Tuesday 20 December 2016

Kursus Bahasa Belanda Heb je zin

Bahagian ini adalah bahan-bahan dari kursus yang disediakan oleh Bart de Pau. Pelajaran preview nya pun sangat menarik dan rasanya banyak yang kita dapat belajar dari preview tersebut. Bahan preview nya ada dalam arkib Youtube:
Aku memerlukan sebuah buku nota untuk membuat latihan dan menulis kembali. Pelajaran dan rekod progress boleh diakses dari laman sesawang kursus bahasa Belanda, leardutch.org. Anda boleh mendaftar masuk kemudian log in sahaja untuk mengakses pelajaran yang disediakan oleh Bart de Pau. 

Lebih baik gunakan internet untuk pelbagai benda yang memberikan faedah untuk perkembangan kendiri kita. Jangan menyesal di kemudian hari.

Thursday 11 December 2014

Zalig Kerstfeast en Gelukkig Nieuw Jaar


Video ini adalah genre baru dalam Chrstmas Carol polifonik yang dihasilkan di sebelah selatan Belanda ketika abad ke-17 M. Ia disebut sebagai Cantiones Natalitiae. 

Komposer-komposer awal dalam pemuzik gereja tempatan berasal dari Antwerp, Brussels dan Ghent. Karol-karol ini, kebanyakannya didasarkan kepada lagu-lagu yang sememangnya sudah ada, dinyanyikan ketika khidmat upacara Chrismastide, terutamanya semasa khidmat petang Marian Salve. Karol-karol terawal dalam bahasa Belanda loghat selatan ini diterbitkan pada Laudes vespertinae tahun 1604 dan 1609.

Tiga lagu Krismas yang terpilih itu diterbitkan di Antwerp pada abad ke-17 dan dihasilkan oleh Guilielmus Messaus (1589-1640), oleh komposer yang tak dikenali dan oleh Joannes Berckelaers  (Antwerpen ±1630-; Antwerpen ±1700).
  • Guilielmus Messaus, Lof sy dat soete kindeken cleyn (1629) dipersembahkan oleh Camerata Trajectina.
  • Incognito, O herders al soetjens (1651) (lihat lirik dan lagu-lagu lain yang tune nya sama): dipersembahkan oleh Early Music New York.
  • Joannes Berckelaers, Titer wat een goede maer (1667) dipersembahkan oleh Guy de Mey dan Knapenkoor in Dulce Jubilo.
Muzik dan rujukan maklumat: Bogaertvanrauderaa