Aku telah menemui kursus ini pada tahun 2016 jadi halaman ini aku buka pada 20 Disember 2016 sewaktu aku berada dalam tahun kedua di tempat kerja aku di Kuala Lumpur. Aku tidak dapat bercuti pada ketika itu, jadi aku pun menerokai bahasa Belanda dan laman-laman sesawang yang berkaitan. Salah satunya, ialah halaman ini yang diselenggarakan oleh Bart de Pau, sila layari laman web "Learn Dutch Organisation" bagi mendapatkan maklumat lanjut.
Pelajaran preview nya pun agak menarik dan melaluinya kita masih boleh mempelajari banyak benda. Berikut ialah pelajaran preview nya yang boleh diakses melalui arkib Youtube saluran pencipta pelajaran ini.
- Pelajaran 1 - Frasa Asas
- Pelajaran 2 - Heb je zin?
Dalam hal ini, aku rasa aku memerlukan sebuah buku nota bagi membuat latihan dan menulis. Bahan rujukan dan pelajaran boleh diakses dari laman sesawang seperti di atas. Selain itu, aku boleh mendaftar masuk kemudian dan log-in sahaja bagi mengakses pelajaran yang disediakan oleh pencipta pelajaran ini. Pada pandangan aku, lebih baik kita gunakan internet untuk perkara yang bermanfaat bagi perkembangan diri sendiri supaya kita tidak menyesal di kemudian hari. Sekian, terima kasih.