Nota ini sebenarnya aku kumpulkan dari bahan rujukan pelajaran yang rasanya telah hilang. Oleh kerana aku rasa rugi jika ia dihapuskan maka aku simpan sahaja di sini supaya orang lain boleh menggunakannya apabila mereka memerlukannya.
Bahagian Pertama
Bahagian ini mengandungi keterangan asas mengenai tatabahasa bahasa Belanda untuk pembentukan ayat.
- Kata Penunjuk - de, het dan een
- Kata Ganti Diri
- Kata Pemeri - Het werkwoord zijn
- Kata Sifat Kepunyaan
- Kata Kerja Ada - Hebben (tambahan dengan de vragende vorm)
Bahagian Kedua
Bahagian yang dikumpulkan pada awal tahun 2017 dan penghujung tahun 2018 ini mengandungi perbendaharaan kata yang dikumpulkan dari merata-rata dan juga frasa-frasa yang boleh dihafal begitu sahaja bagi kegunaan terus dalam kehidupan seharian.
- Perbendaharaan Kata Asas Bahasa Belanda
- Frasa Penting
- Frasa Sapaan
- Frasa Pengenalan Diri
- Latihan Pemahaman Frasa
Bahagian Ketiga
Bahagian ini akan merekodkan loghat atau dialek bahasa Belanda yang berada di dalam atau di luar negara Belanda seperti di Amerika Syarikat, Belgium, Indonesia, Suriname dan lain-lain.
Bahan rujukan ini sebenarnya berasal dari medium berbahasa Inggeris namun aku mengambil inisiatif menggunakan wahana bahasa Melayu kerana pelajaran bahasa bagi penterjemahan dan interpretasi perlu menggunakan wahana bahasa ibunda dahulu. Bahasa Inggeris sebenarnya bukan bahasa ibunda orang Melayu di Malaysia walaupun ia digunakan sebagai wahana bagi perhubungan antarabangsa.
Diharapkan nota-nota ini membantu diriku apabila aku memerlukannya serta boleh juga digunakan oleh orang lain yang mempelajari bahasa Belanda. Sebagai rekod, nota mula dikumpulkan semula pada jam 10.43 malam, 10 Oktober 2025 bersamaan hari Rabu.
Sekian, terima kasih.