Thursday 11 December 2014

Zalig Kerstfeast en Gelukkig Nieuw Jaar


Video ini adalah genre baru dalam Chrstmas Carol polifonik yang dihasilkan di sebelah selatan Belanda ketika abad ke-17 M. Ia disebut sebagai Cantiones Natalitiae. 

Komposer-komposer awal dalam pemuzik gereja tempatan berasal dari Antwerp, Brussels dan Ghent. Karol-karol ini, kebanyakannya didasarkan kepada lagu-lagu yang sememangnya sudah ada, dinyanyikan ketika khidmat upacara Chrismastide, terutamanya semasa khidmat petang Marian Salve. Karol-karol terawal dalam bahasa Belanda loghat selatan ini diterbitkan pada Laudes vespertinae tahun 1604 dan 1609.

Tiga lagu Krismas yang terpilih itu diterbitkan di Antwerp pada abad ke-17 dan dihasilkan oleh Guilielmus Messaus (1589-1640), oleh komposer yang tak dikenali dan oleh Joannes Berckelaers  (Antwerpen ±1630-; Antwerpen ±1700).
  • Guilielmus Messaus, Lof sy dat soete kindeken cleyn (1629) dipersembahkan oleh Camerata Trajectina.
  • Incognito, O herders al soetjens (1651) (lihat lirik dan lagu-lagu lain yang tune nya sama): dipersembahkan oleh Early Music New York.
  • Joannes Berckelaers, Titer wat een goede maer (1667) dipersembahkan oleh Guy de Mey dan Knapenkoor in Dulce Jubilo.
Muzik dan rujukan maklumat: Bogaertvanrauderaa

No comments:

Post a Comment