Wednesday, 1 October 2025

Projek Belajar Bahasa Belanda

Halo, semua! Aku memang berminat mempelajari beberapa bahasa Eropah yang pernah bertapak di beberapa rantau di Asia Tenggara kerana pengaruh penjajah seperti Belanda, Inggeris, Perancis, Portugal dan Sepanyol. Dalam halaman ini, aku merakamkan projek belajar bahasa Belanda aku untuk rekod persendirian aku. Jadi rekodnya datang dari beberapa sumber seperti Duolingo dan beberapa laman sesawang lain yang aku fikirkan berguna.

Seksyen 1

Bahan Rujukan

Berikut adalah pautan bagi rujukan bahan pembelajaran bahasa Belanda bagi pelajar berbahasa Melayu yang ingin belajar sendiri bahasa Belanda. 

Bahan yang dikongsikan ini adalah selaras dengan pepatah bahasa Melayu iaitu, "Ular menyusuri akar, tidak hilang biasanya." Bermaksud kita tidak perlu kedekut ilmu pun. Ilmu akan begitu juga walaupun kita lalu di mana sekali pun. Sekian, terima kasih.   

Thursday, 11 December 2014

Zalig Kerstfeast en Gelukkig Nieuw Jaar



Video ini adalah genre baru dalam Chrstmas Carol polifonik yang dihasilkan di sebelah selatan Belanda ketika abad ke-17 M. Ia disebut sebagai Cantiones Natalitiae

Komposer-komposer awal dalam pemuzik gereja tempatan berasal dari Antwerp, Brussels dan Ghent. Karol-karol ini, kebanyakannya didasarkan kepada lagu-lagu yang sememangnya sudah ada, dinyanyikan ketika khidmat upacara Chrismastide, terutamanya semasa khidmat petang Marian Salve. Karol-karol terawal dalam bahasa Belanda loghat selatan ini diterbitkan pada Laudes vespertinae tahun 1604 dan 1609.

Tiga lagu Krismas yang terpilih itu diterbitkan di Antwerp pada abad ke-17 dan dihasilkan oleh Guilielmus Messaus (1589-1640), oleh komposer yang tak dikenali dan oleh Joannes Berckelaers  (Antwerpen ±1630-; Antwerpen ±1700).
  • Guilielmus Messaus, Lof sy dat soete kindeken cleyn (1629) dipersembahkan oleh Camerata Trajectina.
  • Incognito, O herders al soetjens (1651) (lihat lirik dan lagu-lagu lain yang tune nya sama): dipersembahkan oleh Early Music New York.
  • Joannes Berckelaers, Titer wat een goede maer (1667) dipersembahkan oleh Guy de Mey dan Knapenkoor in Dulce Jubilo.
Muzik dan rujukan maklumat: Bogaertvanrauderaa